Syarikat Malaysia, Royal Prima Hospital Medan Tawar Rawatan Sel Tunjang

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SURABAYA: Sebuah syarikat Malaysia, Ming Medical Services, dan rakan kongsinya dari Indonesia, Royal Prima Hospital dan Prima Medical University di Medan, Sumatera Utara, akan menjalankan penyelidikan sel tunjang (stem cell) bulan depan dan menawarkan rawatan "ikhtiar terakhir" bagi pesakit yang sudah tiada lagi pilihan rawatan.

Kemudahan itu akan bertempat di hospital 250 katil yang baru dibuka dan memulakan operasi pada 11 Disember itu.

Pengarah Urusan Ming Medical Services, Sean Ng, berkata penyelidikan dan tawaran itu akan dilaksanakan bersama dengan hospital dan universiti dari Indonesia, Malaysia dan Korea Selatan.

"Penyelidikan dan rawatan sel tunjang akan meliputi masalah kesihatan termasuk kencing manis dan komplikasi kencing manis seperti angin ahmar (stroke), kudis di kaki akibat kencing manis, buta, kardiomyopati (penyakit jantung tahap akhir), neuropati (kematian saraf periferal), nefropati (kegagalan buah pinggang) dan penyakit autoimun," katanya pada Khamis.

Ming Medical Services adalah antara 62 syarikat Malaysia yang mengambil bahagian pada Pameran Perkhidmatan Malaysia 2013 Surabaya anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia yang bermula pada Rabu.

Sean berkata Ming Medical Services ditubuhkan pada 1998 untuk menyediakan teknologi perubatan yang mempunyai kelebihan utama serta perkhidmatan penyelidikan dan rawatan sel tunjang. Ia mempunyai operasi dan pejabat di Timur Tengah (Arab Saudi, Kuwait, Oman, Bahrain), Asia Tenggara (Malaysia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Filipina, Myanmar), dan Asia Timur Laut (Korea Selatan, China).

Serentak dengan perkhidmatan sel tunjang, Ming Medical dan Royal Prima Hospital Medan akan juga melancarkan Perkhidmatan Penjagaan Kritikal Jarak Jauh/Mudah Alih bagi pesakit dari Indonesia.

Perkhidmatan ini bertujuan menyediakan penjagaan kritikal bagi pesakit di rumah di bandar-bandar, serta klinik di pekan-pekan terpencil dan kampung-kampung di seluruh Indonesia.

Ia akan menggunakan rangkaian jalur lebar telekomunikasi, 2.5G, 3G, 4G dan WiFi serta penyedia Perkhidmatan Internet untuk memantau dengan teliti pesakit-pesakit yang mengidap komplikasi kencing manis yang serius, seperti kegagalan organ yang pelbagai atau rumit, penyakit buah pinggang tahap akhir, penyakit dan kegagalan jantung tahap akhir, kencing manis dan darah tinggi yang tidak terkawal.

Ia juga akan memantau pesakit-pesakit berusia yang kesihatannya merosot dan memerlukan pemantauan rapi dan berterusan oleh anggota keluarga, katanya.

Menurut Sean, sistem Penjagaan Kritikal Mudah Alih bertujuan menyediakan perkhidmatan 24 jam, tujuh hari seminggu, dan akan memantau tanda-tanda penting utama pesakit, serupa dengan yang ditawarkan oleh unit penjagaan rapi hospital terkemuka di dunia itu.

Sistem itu, katanya, akan mengeluarkan amaran termasuk pesanan SMS, sekiranya sebarang tanda penting pesakit melepasi tahap tertinggi kritikal yang ditetapkan oleh doktor-doktor pakar perubatan.

"Amaran ini akan dihantar kepada pesakit, anggota keluarga, Pusat Panggilan Ming Medical, doktor pesakit/pusat perubatan.

"Dalam kes-kes kecemasan, hospital rakan kongsi Ming akan menghantar perkhidmatan ambulans dan memberikan bantuan segera bagi pesakit, dengan mengesan pesakit melalui GPS," tegasnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan