Kazakhstan Berkongsi Pengalaman Hubungan Etnik, Agama

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ASTANA (Kazakhstan): Sebagai sebuah negara yang didiami 130 kumpulan etnik, Kazakhstan akan berkongsi pengalamannya dalam hubungan etnik dan agama di Forum Media Antarabangsa yang bermula di sini pada Jumaat.

Forum itu diadakan bersempena dengan Hari Antarabangsa bagi Toleransi yang diraikan pada 16 November setiap tahun.

Acara itu dianjurkan bersama oleh Dewan Perundangan Rakyat Kazakhstan bersama dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Kazakhstan, Kementerian Kebudayaan dan Penerangan, serta Kementerian Pendidikan dan Sains.

Lebih kurang 500 orang peserta khasnya wartawan tempatan dan asing, ahli politik, wakil-wakil daripada sekor bukan kerajaan akan menghadiri acara dua hari itu.

Para peserta memulakan program mereka pada hari ini dengan melawat kerusi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudyaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bagi toleransi etnik dan agama di L. N. Gumilyov Eurasion National University di sini.

Astana menerima anugerah 'Bandaraya Aman' UNESCO pada 1999, empat tahun selepas hari Toleransi Antarabangsa diisytiharkan oleh UNESCO untuk menjana kesedaran umum akan pentingnya toleransi dan akibat daripada ketiadaan toleransi.

Pada Jumaat, para peserta forum akan menghadiri diskusi panel dan sidang pleno.

Menteri Kebudayaan dan Penerangan Kazakhstan Kul-Mohammed Mukhtar Abrarovich dijadual berucap di forum itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan