India Timbang Buka Projek Jalan Raya Utama Kepada Pembida Antarabangsa

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Kementerian Jalan raya India menimbangkan untuk membuka projek jalan raya utamanya kepada pembida antarabangsa dari Singapura, Hong Kong, Malaysia dan China selepas sambutan yang tidak memberangsangkan selepas bidaan dibuka tahun ini.

Live Mint, harian perniagaan berbahasa Inggeris, berkata Setiausaha Kementerian Jalan Raya Vijay Chhibber telah menulis surat kepada Pengerusi Penguat kuasa Lebuh Raya Kebangsaan India R.P. Singh untuk meneroka pilihan untuk melaksanakan pameran jalan raya di luar negara untuk projek-projek lebuh raya utama seperti Lebuh raya Eastern Peripheral sepanjang 135 kilometer dan Lebuh Raya Delhi-Meerut sepanjang 125 kilometer.

"Kami meneroka pilihan untuk melaksanakan pameran di negara-negara seperti Singapura, Hong Kong, Malaysia dan Beijing (China)," kata penerbitan itu memetik seorang pegawai kanan kementerian itu.

Memetik seorang lagi pegawai kanan, laporan itu berkata kebergantungan yang melampau terhadap peserta tempatan yang sama ada telah kehabisan ekuiti atau telah gagal membuat bayaran hutang prasarana dan sukar untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada bank-bank.

Kumpulan pemandu telah meminta kementerian untuk menganugerahkan projek Eastern Peripheral Expressway menjelang 31 Dis, 2013, Mumbai-Vadodara Expressway menjelang 1 Mac, 2014 dan Delhi-Meerut Expressway menjelang 15 Mac, 2014.

Laporan itu juga berkata kementerian itu telah gagal menarik bidaan untuk 20 projek jalan raya bernilai Rs.27,000 crore (US$4.23 bilion), berjumlah 2,900 kilometer antara Mac 2012 dan Oktober 2013. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan