Pelombong Emas Tembak Mati Empat Individu Sebelum Bunuh Diri di Amerika Selatan

Diterbitkan: Rabu, 13 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN (Guyana): Seorang pelombong menembak mati empat individu, termasuk dua pegawai polis sebelum membunuh dirinya dalam kejadian amuk di ibu negara Amerika Selatan, awal pagi Rabu.

Menurut sumber polis, pelombong emas, Dereyck Khanai, mengurung dirinya di rumah sejak semalam dan mula melepaskan tembakan secara rawak ke arah jalan raya.

Polis berkata, lelaki berusia 51 tahun itu membunuh dua orang yang berada berhampiran rumahnya dan dua pegawai polis dua jam selepas itu. Pihak berkuasa berkata, Khanai kemudian nekad menembak dirinya sendiri.

Motif kejadian masih dalam siasatan. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan