Israel Batal Rancangan Bina 20,000 Penempatan Baru di Tebing Barat

Diterbitkan: Rabu, 13 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israeli, Benjamin Netanyahu lewat malam Selasa membatalkan rancangan untuk membina lebih 20,000 penempatan baru di sepanjang Tebing Barat, beberapa jam pengumuman mengenainya menerima kritikan Amerika Syarkat (AS) dan Palestin.

Netanyahu mengarahkan Menteri Perumahan Israel, Uri Ariel untuk mengambil kira semua perkara dalam menilai semula rancangan untuk membina penempatan di Tebing Barat itu.

Netanyahu memberitahu Ariel bahawa rancangan itu tidak membawa makna kepada perundangan dan ia boleh mencetuskan konfrantasi antarabangsa yang tidak sesuai dalam usaha untuk mencari rundingan yang lebih baik dengan Iran.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas sebelum itu memberi amaran, sebarang rancangan untuk mewujudkan penempatan baru di Tebing Barat akan membawa kepada tindakan Palestin untuk mengisytiharkan proses rundingan damai kedua-dua pihak akan dihentikan.

Washington pula menyatakan pihaknya memandang berat mengenai rancangan Israel itu kerana ia akan menambah kepadatan penempatan Israel kepada 550,000 keluarga di kawasan berkenaan. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan