Taufan Haiyan: Lapan Terkorban di Selatan China

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Sekurang-kurangnya lapan orang di selatan China terkorban dan mengakibatkan sektor pertanian dan industri perikanan kerugian beratus juta dolar berikutan Taufan Haiyan yang mula melanda Filipina Jumaat lalu, lapor media tempatan, pada Selasa.

Taufan terkuat di dunia yang turut membawa ribut tropika itu, semakin lemah ketika menuju ke selatan China.

Bagaimanapun, ia masih mencatatkan kelajuan putaran angin sehingga 100 kilometer sejam yang turut membawa hujan lebat di beberapa bahagian di wilayah Guangxi.

Kejadian terburuk berlaku di Pulau Hainan, selatan China hingga mengakibatkan sebuah kapal kargo yang berlabuh di kawasan terbabit karam, Ahad lalu.

Menurut stesen radio tempatan, China National Radio, usaha menyelamat giat dijalankan menggunakan bot laju dan helikopter. Setakat ini tiga mayat berjaya ditemui manakala empat lagi anak kapal masih hilang.

Sehingga hari ini, empat penduduk Pulau Hainan dilapor terkorban termasuk dua terkena serpihan sisa taufan.

Taufan turut mengakibatkan kerugian sebanyak AS$700 juta dalam sektor pertanian , perhutanan, ternakan dan industri perikanan China.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan