Batman Tidak Terlepas Penjara Singapura

Diterbitkan: Isnin, 11 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang warga Singapura yang namanya seperti watak superhero terkenal hingga menjadi 'selebriti media sosial' dijatuhkan hukuman selama hampir tiga tahun pada Isnin kerana kesalahan mencuri, pecah rumah dan dadah.

Batman Suparman, 23, yang dikenali sebagai 'Batman anak kepada Suparman' ditangkap pada 19 Ogos lalu selepas satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia memasuki sebuah kedai pada waktu malam di dua lokasi berasingan.

Dia mencuri sejumlah Sg$500 (ASD400), demikian menurut dokumen mahkmah yang ditunjukkan kepada AFP.

Selain itu Batman juga mengaku bersalah atas pelbagai tuduhan lain, termasuk mencuri kad ATM abangnya dan membuat pengeluaran berjumlah Sg$650 dan mengambil dadah jenis heroin.

Dia dijatuhi hukuman penjara selama 33 bulan.

Batman menjadi sensasi di media sosial selepas imej kad pengenalan dengan nama yang luar biasanya dimuat naik di Internet.

'Batman bin Suparman Fan Club' di laman sosial Facebook mendapat hampir 11,000 'like' setakat ini. AFP

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan