Ribuan Kumpulan Baju Merah Berkumpul Di Bangkok

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Selepas kumpulan pembangkang mendominasi perhimpunan bantahan di Bangkok berhubung Rang Undang-undang pengampunan, pada Ahad ribuan penyokong kerajaan yang juga dikenali sebagai Baju Merah berhimpun di ibu negara ini.

Beberapa ribu penyokong Baju Merah berkumpul tengah hari ini untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan dan Rang Undang-undang pengampunan yang akan membuka jalan kepada kepulangan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Kebanyakan penyokong Baju Merah yang dibawa daripada pelbagai pelusuk negara ini, tiba di sini sejak malam Sabtu untuk menyertai perhimpunan itu.

Mereka mendakwa untuk melindungi demokrasi, sekaligus menambah eleman baharu dalam protes di ibu negara ini sejak beberapa bulan dikuasai oleh kumpulan anti Thaksin dan kumpulan pembangkang lain.

Pemimpin teras Baju Merah Warachai Hema ketika berucap pada perhimpunan itu meminta kumpulan Baju Merah untuk bersatu menentang dan melindungi demokrasi.

Rang Undang-undang Pengampunan yang diluluskan Dewan Rendah, ditarik balik minggu lepas.

Seorang pemimpin Baju Merah yang turut serta dalam perhimpunan bantahan itu Sombat Boonngamanong meminta kerajaan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan kerajaan sebelum ini di bawah Abhisit Vejjajiva memohon maaf kepada rakyat kerana kedua-dua mereka telah mewujudkan konflik kepada negara.

"Kerajaan Yingluck telah menolak undang-undang pengampunan dan ia menyebabkan konflik politik semasa di negara ini, dan semasa Abhisit menjadi perdana menteri tiga tahun lepas, beliau mengarahkan pembunuhan orang awam bagi menyuraikan tunjuk perasaan di Bangkok tetapi tidak pernah memohon maaf kepada rakyat dan mengaku bersalah.

"Oleh itu kedua-dua kerajaan itu perlu meminta maaf kepada rakyat Thai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan