India Ikuti Langkah Malaysia Gesa PBB Disusun Semula

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Hanif, menegaskan pada 7 November tentang perlunya dilakukan penyusunan semula badan dunia itu secara menyeluruh, dari segi kaedah kerja dan perluasan keanggotaan.

Beliau merujuk kepada apa yang dipanggil 'Cadangan Razali' dinamakan sempena cadangan 1977 bekas wakil tetap Malaysia, Tan Sri Razali Ismail, juga bekas presiden Perhimpunan Agung PBB (UNGA), yang mengutarakan pendirian Malaysia mengenai penyusunan semula Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Hussein menegaskan cadangan itu menyarankan antara lain, perluasan keanggotaan UNSC dan menambah baik transformasi terhadap kaedah kerja.

"Ini akan menyaksikan tambahan lima anggota tetap dan empat anggota tidak tetap Majlis itu," kata beliau dalam ucapannya di PBB. Selari dengan penegasan Hussein itu, India turut menyatakan perlunya dilaksanakan penyusunan semula badan dunia itu.

Penegasan itu dibuat oleh Kuasa Usaha India yang juga wakil tetap negara itu ke PBB, Manjeev Singh Puri.

India, yang bertanding untuk menduduki kerusi tetap UNSC, adalah sebuah daripada empat anggota Kumpulan Empat (G-4) - tiga yang lain ialah Brazil, Jerman dan Jepun.

G-4 sedang berusaha untuk menentukan terlaksananya reformasi PBB, termasuk di Majlis Keselamatan yang struktur dan komposisinya kini dianggap sudah lapuk dan terpisah dari realiti zaman moden. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan