4 Maut Serangan Bom di Hotel Mogadishu

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya empat terbunuh, termasuk seorang pegawai kerajaan dalam satu serangan bom kereta di luar sebuah hotel terkemuka di ibu negara Somalia, pada Sabtu.

Susulan kejadian, polis dan pasukan keselamatan segera menutup kawasan berkenaan selepas letupan besar di pekarangan Hotel Maka al Mukarama yang menjadi tempat penginapan popular ahli perniagaan dan pegawai tinggi kerajaan.

Pada awal kejadian, polis meletakkan angka kematian 11 orang.

Seorang pegawai kerajaan Somali berkata, kejadian pada sebelah petang waktu tempatan itu dikaitkan dengan anggota Shebab dinaungi al-Qaeda.

“Empat orang setakat ini terbunuh manakala 15 lagi cedera," kata jurucakap kerajaan, Ridwan Abdiwali.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan