'Si Gemuk Leonard' Didakwa Rasuah, Bekal Pelacur Kepada Tentera Laut AS

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Leonard Francis
Leonard Francis

WASHINGTON: Komander Tentera Amerika dan ahli perniagaan perniagaan dari Malaysia yang terkenal, pada Khamis telah didakwa berhubung skandal rasuah dan membekalkan pelacur, pelancongan mewah dan melibatkan kontrak kerajaan bernilai berjuta-juta dolar, menurut pegawai.

Komander Jose Luis Sanchez , 41, ditahan di Tampa, Florida pada Selasa dan muncul pertama kali di mahkamah persekutuan di Florida pada Rabu.

Dia didakwa mengambil rasuah daripada seorang kontraktor pertahanan asing sebagai pertukaran untuk klasifikasi dan maklumat dalaman Tentera Laut AS, kata Jabatan Keadilan dalam satu kenyataan.

Turut dinamakan, adalah Leonard Francis, 49, Ketua Pegawai Eksekutif Glenn Defense Marine Asia (GDMA), dari Malaysia, menurut jabatan itu.

Beliau telah ditangkap pada 16 September 2013, di San Diego, California.

"Menurut rekod mahkamah, Jose didakwa menyediakan Leonard dengan maklumat dalaman Tentera Laut, seperti jadual pelayaran kapal Tentera Laut - sebahagiannya adalah maklumat sulit - dan maklumat tentang isu-isu terpelihara yang boleh menjejaskan urusan GDMA, untuk membantu GDMA menang dan mengekalkan perniagaannya dalam bidang Tentera Laut," tambah kenyataan itu.

Dua lagi pegawai Tentera Laut teratas - Komander Michael Vannak Khem Misiewicz, 46, dan Agen Khas Perkhidmatan Penyeliaan Siasatan Jenayah Tentera Laut John Bertrand Beliveau II, 44 - telah didakwaa secara berasingan berkaitan tuduhan rasuah.

Sementara itu ketua eksekutif GDMA, Alex Wisidagama, 40, dari Singapura, juga telah didakwa kerana menyertai satu kes berkaitan mengenakan caj berlebih-lebihan kepada Tentera Laut AS bagi perkhidmatan yang disediakan di pelabuhan di seluruh Asia Tenggara, kata jabatan itu.

"Menurut pendakwaan dalam kes ini, beberapa pegawai sanggup mengorbankan integriti dan jutaan dolar pembayaran cukai untuk kepuasan peribadi," kata Peguam AS Laura Duffy.

"Walaupun dalam majoriti 400,000 anggota Tentera Laut yang bertugas secara aktif dapat mengawal diri mereka ketika menjalankan tugas, kami dan rakan-rakan penguatkuasa undang-undang di Perkhidmatan Siasatan Jenayah Tentera Laut dan Perkhidmatan Siasatan Jenayah Pertahanan akan terus menyiasat dakwaan penipuan dan rasuah yang mencemarkan reputasi cemerlang Tentera Laut Amerika Syarikat," katanya.

Mengenai GDMA, firma dan Leonard turut disebut oleh pendakwa raya persekutuan sebagai bersekongkol dengan tentera laut Amerika yang didakwa bersama-sama dengan Misiewicz dan ejen NCIS, dengan konspirasi rasuah.

Dalam satu e-mel, ketua GDMA ini merujuk kepada pelacur tertentu di Thailand sebagai "Elite Thai Seal Team."

Selepas pihak berkuasa tentera laut mula menyiasat firma itu untuk kemungkinan mengenakan caj berlebihan untuk khidmatnya, ejen NCIS tertuduh, John Beliveau, didakwa membekalkan ketua GDMA dengan maklumat sensitif tentang siasatan, menurut pendakwa raya persekutuan.

Aduan jenayah juga mengatakan bahawa "dalam dakwaan pada 2 Disember 2011, perbincangan e-mel di mana Sanchez memberitahu Leonard tentang status penyiasatan GDMA, di mana Leonard berkata: "Saya mempunyai maklumat dalaman Intel dari NCIS dan membaca semua laporan. Saya akan tunjukkan kepada anda satu salinan Fail Perintah Maklumat yang ada pada saya dari NCIS ha ha."

Pejabat Peguam AS di San Diego pertama kali mengumumkan kes ini pada bulan lepas. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan