Pertumbuhan Ekonomi Thailand Dijangka Rendah Ekoran Konflik Rang Undang-Undang Pengampunan

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Sekiranya ketegangan politik di Thailand berterusan sehingga akhir tahun, negara dijangka mencatatkan hanya 3.3-3.4 peratus pertumbuhan, lebih rendah daripada 3.5 peratus yang diunjurkan pada awalnya.

Andai kata konflik itu semakin serius dan menyebabkan bencana besar kepada ekonomi, negara disasarkan berhadapan dengan hanya 3-3.2 peratus pertumbuhan, atau kerugian bersamaan 30 bilion baht hingga 60 bilion baht kepada ekonomi, demikian menurut kaji selidik ke atas 1,200 responden oleh Universiti Dewan Perdagangan Thailand.

Konflik politik telah pun menyaksikan keyakinan pengguna mencecah paras rendah 19 bulan dengan rakyat bimbang berlakunya demonstrasi menentang Rang Undang-undang Pengampunan itu, katanya.

Indeks Keyakinan Pengguna telah merosot secara terus-menerus selama tujuh bulan dan indeks lain berkaitan dengan keyakinan pengguna dan kuasa membelanja turut jatuh ke paras paling rendah dalam tempoh hampir dua tahun, katanya.

"Konflik politik ialah faktor utama yang menjejaskan keyakinan pengguna, pertumbuhan pelancongan, pelaburan dan akan merosakkan ekonomi Thailand dengan serius," kata Thanavath Phonvichai, Pengarah Pusat Ekonomi dan Unjuran Perniagaan universiti.

Beliau berkata isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.

Beliau juga berkata konflik itu telah menyebabkan kerugian 5-10 peratus kedatangan pengembara ke Thailand, yang bersamaan dengan kerugian kewangan 10 bilion baht hingga 20 bilion baht.

"Sekarang ini, terpulanglah kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini dan kerajaan perlu berusaha sebaik mungkin menenangkan keadaan sekiranya ia prihatin dengan pertumbuhan ekonomi," tegas Thanavath. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan