PM Singapura Jumpa MP Melayu Bincang Isu Hijab

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengadakan perjumpaan dengan Menteri Bertanggungjawab Bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim dan anggota Parlimen (MP) Melayu dari Parti Tindakan Rakyat bagi membincangkan isu hijab pada Selasa.

Dalam posting di facebook beliau, Perdana Menteri berkata: "Telah mengadakan perjumpaan dengan Yaacob dan MP Melayu tengah hari ini (Selasa).

Yaacob, yang juga Menteri Komunikasi dan Maklumat dalam facebook beliau pula berkata: Hari ini (Selasa) saya dan rakan MP Melayu PAP bertemu PM.

"Kami mengadakan perbincangan dalam suasana baik. Kami gembira PM faham bahawa isu ini penting kepada ramai orang Islam. PM menegaskan tujuan beliau ialah untuk mewujudkan persekitaran yang orang Islam dan penganut agama lain boleh mengamalkan agama mereka secara bebas dan aman.

"Tetapi beliau turut menjelaskan kenapa kami perlu mengendalikan dan mengseimbangkan keperluan berbeza dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Dengan itu ia memerlukan penyesuaian dan kompromi semua pihak," kata menteri.

Yaacob berkata: "Kami bersetuju yang kami perlu terus berusaha ke arah mewujudkan persefahaman bersama lebih baik mengenai keperluan berbeza ini".

Menyatakan dialog konstruktif merupakan cara terbaik, beliau berkata: "Ini merupakan cara Singapura, dan telah memenuhi keperluan setiap orang dengan baik sejak sekian lama.

"Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, ia akan mengambil masa, tetapi kami akan mencari penyelesaian praktikal jika kami terus mengadakan perbincangan dengan semangat muhibah," kata Yaacob.

Dilaporkan isu hijab pertama kali dibangkitkan pada satu forum mengenai bangsa pada September, apabila seorang pensyarah politeknik bertanya kenapa jururawat dilarang memakai tudung dan telah mencetuskan perdebatan mengenai sama ada kalangan pegawai barisan hadapan patut dibenarkan berbuat demikian. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan