Polis Thai Siasat Kaitan Letupan Bom Di Selatan Negara itu Dengan Keadaan Politik Di Bangkok

Diterbitkan: Selasa, 5 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NARATHIWAT: Polis di selatan Thailand sedang menyiasat sama ada lima butir bom yang diletupkan di Narathiwat petang semalam angkara puak pemisah ataupun ada kaitan dengan keadaan politik yang meruncing di Bangkok.

Ketua Polis Daerah Muang Narathiwat, Kol Pol Somporn Misuk berkata, polis sedang menyiasat kejadian di Muang Narathiwat dan Rusak memandangkan wujud penentangan terhadap kerajaan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra di Bangkok sekarang.

Tiga letupan bom di daerah Rusak dan dua di daerah Muang Narathiwat menyebabkan 14 orang cedera.

Bom pertama meletup pada 6.05 petang waktu tempatan di sebuah kedai serbaguna yang terletak di kawasan perbandaran Rusak, Narathiwat.

Ketua Polis Daerah Rusak, Kol Pol Anothai Jindamani berkata bom seberat 1kg diisikan dalam tin semburan sebelum diletak atas rak barang dalam kedai itu.

Bom diaktif menggunakan jam tangan digital menyebabkan tujuh orang termasuk seorang kanak-kanak cedera.

Bom kedua dan ketiga diletupkan pada masa yang sama iaitu 10 minit selepas bom pertama, dan dilakukan hanya 200 meter daripada tempat kejadian bom pertama.

Dalam kedua-dua letupan itu tiada laporan kecederaan dan kematian.

Pada masa yang hampir sama dan 50km dari situ, di Bandar Muang Narathiwat, dua bom diletupkan menyebabkan tujuh orang cedera dan dua kereta rosak.

Bom pertama dipasang dalam tin semburan seberat 1kg diletakkan di bawah kerusi di hadapan pusat karaoke yang terletak 400 meter dari hospital Narathiwat Rachanakarin.

Ketika pegawai dalam perjalanan ke tempat kejadian sebutir lagi bom diletupkan kira-kira 60 meter dari tempat kejadian bom pertama, kata Kol Pol Somporn Misuk. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan