Empat Maut, Dua Cedera Dalam Keganasan Di Selatan Thai

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Dalam tempoh kurang 24 jam, empat orang mati dibunuh dan dua lagi cedera lewat petang Ahad dan awal Isnin berikutan beberapa aktiviti keganasan yang kebanyakan ditujukan terhadap pegawai keselamatan di selatan Thailand.

Dalam kejadian 6 petang Ahad, Timbalan Ketua Polis Bahagian Siasatan Daerah Yaring, Lt Pol Santi Awaebesar, 53, maut setelah ditembak dari jarak dekat dengan senjata M16 oleh empat suspek bersenjata menunggang bermotosikal yang datang ke rumah beliau di Kampung Mananjung, daerah Yaring, Pattani.

Ketika itu, mangsa sedang menanam bunga, kata Ketua Polis Daerah Yaring Kol Pol Manat Nakatang.

Dalam kejadian kedua pula, bekas pegawai renjer Kapten Jakrapol Sajjapan, 52, cedera di lengan selepas ditembak dengan pistol 9mm ketika dalam perjalanan pulang dari kedai di Napradu, daerah Khokpo wilayah Pattani.

Dalam kejadian ketiga, sepasang suami isteri maut selepas ditembak dua lelaki berpakaian tabligh dengan pistol 9mm di khalayak ramai di pasar malam di Pekan Pattani.

Mangsa dikenali sebagai Lt Pol Rasid Al-Islah, 55, pegawai polis Daerah Muang Pattani dan isterinya Zainab Waekacik, 47, ketika itu sedang berniaga menjual pakaian, kata Ketua Polis daerah Muang Pattani Kol Pol Tuandir Juttanon.

Katanya sebelum ini, pihak keselamatan mendapat maklumat risikan mengenai rancangan puak pemisah bertindak ke atas pegawai polis beragama Islam.

Sementara itu, seorang wanita iaitu Cek Aishah Yasok, 44, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas ditembak di kawasan Trakbon, Saiburi, Pattani.

Dalam satu lagi kejadian pagi Isnin, seorang anggota renjer cedera dalam serangan bom di Kampung Pohon Setar, daerah Yarang, Pattani ketika dalam rondaan berjalan kaki mengawal keselamatan guru dan orang awam.

Ketua Polis daerah Yarang, Kol Pol Wasan Puangnoi berkata, bom buatan sendiri seberat 10kg yang diisi dalam kotak besi itu telah diaktifkan menggunakan telefon bimbit. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan