Pegawai Perisik AS Sahkan Ketua Taliban Pakistan Terbunuh Dalam Serangan Udara

Diterbitkan: Ahad, 3 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hakimullah Mehsud
Hakimullah Mehsud

ISLAMABAD: Ketua Taliban Pakistan, Hakimullah Mehsud yang terbunuh pada Jumaat dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS), merupakan salah seorang daripada senarai pengganas dunia yang paling dikehendaki AS.

AS menawarkan AS$5 juta kepada sesiapa sahaja yang dapat membawa kepada penahanannya.

Berkarisma dan sukakan perhatian, Mehsud mengetuai kumpulan Tehreek -e- Taliban Pakistan ( TTP) yang mempunyai kaitan dengan Al -Qaeda untuk menjalankan beberapa serangan pemberontakan berdarah yang paling berani.

Washington mendakwa Mehsud melakukan keganasan selepas serangan berani mati di sebuah pangkalan CIA di Afghanistan pada bulan Disember 2009 mengorbankan tujuh ejen, satu serangan dahsyat ke atas agensi itu sejak tahun 1983.

AS menawarkan $5 juta bagi maklumat mengenai di mana Mehsud berada dan memasukkan TTP dalam senarai kumpulan pengganas asing.

Dipercayai dia berusia kira-kira 34 tahun, dan dilahirkan di kampung pergunungan kecil Kotkai di Selatan Waziristan.

Pegawai perisikan kanan AS berkata, pihaknya mempunyai pengesahan positif bahawa Mehsud telah terbunuh.

Dua pegawai perisikan Pakistan turut mengesahkan kematian Mehsud bahawa dua komander Taliban menyaksikan sendiri mayat Mehsud selepas serangan itu.

Seorang lagi komander Taliban berkata, Taliban mungkin akan memilih pengganti Mehsud, Sabtu.

“Sekiranya benar, kematian Hakimullah Mehsud akan memberi tamparan yang hebat kepada Taliban Pakistan (TTP), satu pertubuhan yang menjadi ancaman serius kepada rakyat Pakistan dan warga Amerika di Pakistan," kata Michael Morell, bekas pemangku pengarah CIA yang bersara Ogos lalu. - AFP

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan