Peniaga Dalam Talian China Sedia Untuk Jualan "Bachelor's Day"

Diterbitkan: Sabtu, 2 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Menjelang "Bachelor's Day", budaya pop China, yang jatuh pada setiap 11 Nov, peniaga dalam talian China kini bersedia untuk merebut peluang dalam karnival membeli-belah yang mendapat sambutan hebat itu.

Dengan empat karakter "1", Tmall.com, antara laman web membeli belah terbesar China, telah memulakan bonanza jualan dalam talian Bachelor's Day pada 2011, yang disertai peniaga dalam talian utama.

Tahun lepas, Tmall dan firma sekutunya, Taobao.com, mencatatkan jualan lebih 19 bilion yuan (lebih US$3 bilion) semasa tempoh promosi sehari, tiga kali daripada jualan yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

"Vendor yang mengambil bahagian pada festival tahun ini, berganda berbanding tahun lepas. Setakat ini produk yang sedia untuk dijual semasa 'Singles' Day' setakat ini melebihi tahun lepas," demikian menurut China Daily yang memetik Naib Presiden Tmall Wang Yilei.

Selain Taobao, ruang membeli-belah dalam talian lain juga mengambil peluang ini untuk menyertai karnival tersebut dengan pelbagai tawaran promosi kepada e-pengguna.

Antaranya ialah JD.com, perniagaan dalam talian China yang terkenal, yang menawarkan sehingga 80 peratus diskaun bagi lebih 10 juta produk bermula hari ini hingga 12 November.

Bachelors' Day atau Singles' Day, merupakan hari tidak rasmi yang disambut oleh golongan muda China bagi meraikan kehidupan bujang.

Peniaga dalam talian biasanya memulakan promosi Bachelors' Day pada 1 November hingga 11 November dengan diskaun tambahan diberikan pada 11 November.

Pada enam bulan pertama tahun ini, pembeli dalam talian China mencecah 277 juta, naik 29.4 peratus berbanidng tahun sebelumnya dan dijangka jumlah mereka akan mencapai 351 juta pada 2016. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan