Pesawat Delta Air Lines Mendarat Cemas di Alaska

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ANCHORAGE: Pesawat syarikat Delta Air Lines membuat pendaratan kecemasan di kawasan Pulau Aleutian, Alaska pagi Khamis selepas amaran mengenai papan kawalan enjin menyala.

Jurucakap Delta berkata, pesawat dengan kod penerbangan 208 dari San Francisco itu selamat mendarat di Cold Bay pada kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan dengan membawa 167 penumpang dan 11 anak kapal.

Pesawat itu membuat mendarat cemas selepas anak kapal menerima amaran mengenai kerosakan enjin dalam kokpit. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan