Presiden Syria Pecat Timbalan Perdana Menteri - Berita Dunia | mStar

Presiden Syria Pecat Timbalan Perdana Menteri

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DAMSYIK: Presiden Syria, Bashar al-Assad pada Rabu memecat Timbalan Perdana Menteri, Qadri Jamil kerana meninggalkan tugas tanpa sebab dan mengadakan mesyuarat di luar negara tanpa kebenaran, menurut laporan agensi berita rasmi SANA.

Ini berikutan laporan media bahawa Qadri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi, mengadakan pertemuan dengan Duta Amerika Syarikat (AS) di Syria, Robert Ford, Sabtu lalu di Geneva bagi membincangkan cadangan rundingan damai.

SANA melaporkan, Qadri dipecat kerana meninggalkan tugas sebagai timbalan perdana menteri serta mengadakan aktiviti serta mesyuarat di luar negara tanpa kebenaran kerajaan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan