Perancis Bayar Euro20 Juta Sebagai Bayaran Tebusan 4 Warganya Di Niger

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAMAKO: Sejumlah lebih Euro20 juta wang tebusan telah dibayar untuk membebaskan empat warga Perancis selepas tiga tahun ditahan di Niger.

"Antara 20 and 25 juta euro telah dibayar untuk mendapatkan kebebasan tebusan-tebusan itu," demikian kata satu sumber yang dekat dengan pasukan perunding Nigeria yang menjadi orang tengah di dalam kes tersebut.

Kesemua wang tersebut dibayar kepada para penculik dan juga untuk membayar orang tengah yang menghubungkan pihak penculik dengan pihak pembayar.

Akhbar berpengaruh Perancis, Le Monde dilaporkan memetik sumber-sumber dari Perancis yang turut mengesahkan jumlah wang tebusan itu.

Keempat-empat tebusan yang diculik itu oleh sekumpulan penculik yang mempunyai rangkaian dengan Al-Qaeda di Utara Niger pada tahun 2010 telah selamat tiba di Paris pada jam 10.45 pagi tadi waktu Perancis.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan