Keuntungan Honda Cecah AS$1.23 Bilion Untuk Tiga Bulan Sehingga September

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Honda mengumumkan pada Rabu yang keuntungan bersihnya meningkat 46.4 peratus dalam tempoh tiga bulan sehingga September ekoran jualan yang mengalakkan di Amerika Utara.

Pembuat kereta ketiga terbesar Jepun itu telah mencatatkan keuntungan bersih antara Julai hingga September sebanyak AS$1.23 bilion.

Jualan kereta buatan Jepun juga telah kembali pulih di China - kini pasaran kereta terbesar dunia - ekoran redanya perbalahan wilayah di antara kedua-dua buah negara itu.

Sebelum itu rakyat China telah memboikot barangan buatan Jepun.

Menurut Honda, dalam tempoh enam bulan sehingga September, mereka telah membuat keuntungan bersih sebanyak 13.5 peratus bersamaan dengan AS$2.47 bilion dengan pendapatan meningkat 21.6 peratus.

Honda mensasarkan pengeluaran global keretanya sebanyak enam juta unit menjelang Mac 2017.

Bulan lalu Honda telah melancarkan model kos rendahnya di Indonesia yang merupakan pasaran baru untuk automobil.

Jenama itu dikenali sebagai 'Mobilia', iaitu sebuah kenderaan pelbagai guna yang dihasilkan menerusi kilang barunya yang kedua di Indonesia.

Honda juga telah mengumumkan perancangan mereka untuk membina sebuah kilang baru di Brazil yang akan beroperasi pada tahun 2015 dengan kapasiti tahunan untuk mengeluarkan sehingga 120,000 unit kenderaan.

Ini akan membolehkan Honda meningkatkan pengeluaran kenderaannya sehingga 240,000 unit di Brazil sahaja.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan