Japan Tobacco Kurangkan 1,600 Pekerjaan

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Japan Tobacco (JT) merancang mengurangkan 1,600 pekerjaan dan menutup empat kilangnya, mengecilkan pengeluaran rokok domestik yang mengalami kejatuhan jualan, menurut laporan media, Rabu.

Dalam rombakan besar-besaran, JT akan mengurangkan kira-kira satu perlima daripada 8,900 tenaga kerja dalam perniagaan berteraskan tembakaunya, kata penyiar awam NHK.

Selain pemotongan peluang pekerjaan, yang mana syarikat membuat tawaran persaraan sukarela dan skim lain, ia juga akan menutup empat daripada sembilan kilang-kilangnya di Jepun dan mengurangkan bilangan pejabat cawangan daripada 25 kepada 15, menurut penyiar, memetik sumber yang tidak dinamakan.

JT, salah satu daripada syarikat tembakau terbesar di dunia, yang mengeluarkan jenama antarabangsa termasuk Winston dan Camel, mencatat perniagaan pantas di luar negara tetapi telah mengalami jualan domestik suram, kerana pengucupan bilangan perokok Jepun.

Angka dari JT menunjukkan bahawa pada masa sekarang 21 peratus daripada orang dewasa adalah perokok, turun dari 25 peratus pada tahun 2009.

Cukai jualan yang lebih tinggi yang akan diperkenalkan pada bulan April juga dijangka mempengaruhi angka di pasaran domestik dan pemerhati mengatakan bahawa mereka menjangka syarikat itu bakal memberi tumpuan kepada jualan di luar negara dan segmen lain seperti makanan dan produk perubatan.

JT memberitahu AFP bahawa syarikat itu "belum lagi membuat apa-apa keputusan" mengenai perniagaan tembakau domestik.

"Syarikat itu sentiasa melihat pelbagai langkah untuk mengukuhkan daya saing," katanya dalam satu kenyataan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan