Diserang Kartel Dadah, Bekalan Kuasa Di Bandar-Bandar Di Mexico Terputus - Berita Dunia | mStar

Diserang Kartel Dadah, Bekalan Kuasa Di Bandar-Bandar Di Mexico Terputus

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MORELIA (Mexico): Kumpulan penyerang bersenjata dan Molotov koktel yang tidak dikenali, pada Ahad menyerang stesen kuasa dalam insiden keganasan di barat Mexico, mengakibatkan 11 bandar terputus bekalan elektrik.

Disyaki serangan dilakukan oleh kartel dadah yang terkenal sebagai sindiket paling berbahaya di dunia.

Kementerian Dalam Negeri berkata dalam satu kenyataan bahawa syarikat peralatan kuasa nasional, enam stesen minyak dan kedai serbaneka di 11 bandar-bandar di negeri Michoacan telah menjadi sasaran tetapi tiada siapa yang cedera.

Kenyataan itu tidak mengenal pasti penyerang dan jurucakap kementerian Eduardo Sanchez berkata pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan serangan.

Tetapi pegawai kerajaan memberitahu AFP bahawa pihak berkuasa mengesyaki kartel dadah 'Knights Templar' melancarkan serangan sebagai menghantar mesej kepada penduduk dan kumpulan pertahanan telah ditubuhkan di negeri ini.

Serangan ke atas grid kuasa berlaku sehari selepas kumpulan vigilante berarak di bandar Apatzingan, sebuah kubu Knights Templar dalam bantahan yang menyebabkan seorang cedera.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan