Makam Doktor Terkenal Firaun Berusia 4,000 Tahun Ditemui

Diterbitkan: Isnin, 28 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar yang diambil pada 22 Oktober menunjukkan makam lama berusia 4,000 tahun yang ditemui oleh ahli arkeologi di Kaherah, dipercayai makam doktor kepada firaun yang terkenal. -foto AFP
Gambar yang diambil pada 22 Oktober menunjukkan makam lama berusia 4,000 tahun yang ditemui oleh ahli arkeologi di Kaherah, dipercayai makam doktor kepada firaun yang terkenal. -foto AFP

KAHERAH: Ahli-ahli arkeologi menemui sebuah makam lama berusia 4,000 tahun di luar ibu negara Mesir yang dipercayai menjadi tempat persemadian mayat seorang doktor terkenal kepada firaun, menurut pegawai, Isnin.

Makam berkenaan, dengan sebahagian plot berukuran 21 meter (70kaki) dan 14 meter (46 kaki), dengan dinding tinggi berukuran empat meter (13 kaki), ditemui di Abusir, barat daya Kaherah, kata pegawai kanan rasmi di Kementerian Antikuiti, Ali al- Asfar.

"Penemuan ini adalah penting kerana ini adalah makam salah seorang doktor yang paling bagus sejak piramid dibina, salah seorang doktor yang rapat dengan raja," kata Menteri Antikuiti Ibrahim Ali dalam satu kenyataan.

Asfar berkata kawasan di mana kubur itu ditemui dilihat mempunyai plot keluarga dan pasukan ahli arkeologi Republik Czech kini mencari mumia saudara-maranya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan