Gempa Bumi Bermagnitud 7.3 Gegar Jepun

Diterbitkan: Sabtu, 26 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Gempa bumi bermagnitud 7.3 menggegar pantai timur Jepun sehingga mencetuskan tsunami kecil.

Bagaimanapun, Jabatan Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran itu tidak mengakibatkan sebarang kerosakan.

Agensi Meteorologikal Jepun berkata kejadian terbabit adalah gempa susulan daripada gempa bumi bermagnitud 9.0 yang berlaku sebelum ini sehingga tercetusnya tsunami pada 2011.

Dalam tragedi terburuk itu, 19,000 mangsa terbunuh, termasuk menimbulkan masalah di loji janakuasa nuklear Fukushima Dai-Ichi.

Dalam kejadian pagi Sabtu, tsunami setinggi 40 sentimeter dilaporkan di sepanjang empat kawasan pesisir pantai negara itu.

Bagaimanapun, amaran tsunami yang dikeluarkan ditarik balik kurang daripada dua jam selepas gempa bumi terbabit dikesan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan