India Mahu Batal Pembelian Helikopter Mewah

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: India bercadang membatalkan satu kontrak pembelian helikopter mewah untuk orang kenamaan negara ini dari syarikat Itali, AgustaWestland selepas timbul skandal rasuah dalam urus niaga itu.

"Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan notis terakhir kepada AgustaWestland. Mereka diberikan tempoh 21 hari untuk memberi maklum balas,’’ kata sumber Kementerian Pertahanan.

AgustaWestland mengesahkan telah menerima notis itu daripada Kementerian Pertahanan India dan akan melihat serta bertindak sewajarnya.

India menangguhkan perjanjian bernilai 556 juta euro (RM2.4 bilion) awal tahun ini selepas penyiasat Itali memulakan siasatan terhadap dakwaan AgustaWestland memberi rasuah dalam usaha memenangi kontrak itu. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan