Bas Terhumban Gaung: 20 Maut di Thailand - Berita Dunia | mStar

Bas Terhumban Gaung: 20 Maut di Thailand

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Sebuah bas pelancong yang membawa penganut Buddha warga emas terhumban ke dalam gaung di utara Thailand, mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 penumpangnya maut, manakala 16 lagi cedera.

Menurut jurucakap polis, Kolonel Somdet Tosporn, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis keagamaan.

"Bas terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter. Saya tidak boleh mengesahkan punca kemalangan tetapi jalan itu agak bengkang bengkok,’’ katanya, sambil menambah kata, tiada warga asing dipercayai berada di dalam bas tersebut. - AFP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan