Banjir Bertambah Baik Di Thailand, Angka Kematian Mencecah 76 Orang

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Keadaan banjir di Thailand bertambah baik di 26 daripada 47 wilayah tetapi angka kematian meningkat kepada 76 orang.

Seminggu lalu, angka kematian ialah 65 orang.

Seramai 3.8 juta penduduk terjejas oleh banjir yang melanda Thailand lebih sebulan lalu.

Namun sebahagian besar kawasan perindustrian tidak dilanda banjir.

Di wilayah Chonburi, ia mengancam kawasan perindustrian Amatanakorn yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Bangkok.

Timbalan Jurucakap kepada Kerajaan Chalitrat Chantarubeksa berkata banjir hanya menjejaskan permukaan jalan di kawasan perindustrian Amatanakorn.

"Banjir tidak menyebabkan kerosakan kilang di Amatanakorn tetapi hanya menyukarkan mereka yang hendak pergi kerja di sana," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan