Eksesais Simulasi Respons Kecemasan Bencana Asean 2013 Dilancar

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Eksesais Simulasi Respons Kecemasan Bencana Asean 2013 (ARDEX-13) dilancarkan pada Isnin di Hanoi, Vietnam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Asean, kesemua 10 negara anggota Asean menyertai latihan empat hari itu yang bertujuan untuk melatih, menilai dan menyemak mekanisme respons kecemasan bencana di bawah Prosedur Operasi Standard dan Pengurusan Siap Siaga Asean (SASOP).

Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Hoang Trung Hai merasmikan eksesais itu yang dianjurkan bersama kerajaan Vietnam dan Pusat Penyelarasan Asean bagi Bantuan Kemanusiaan mengenai pengurusan bencana (Pusat AHA).

Selain wakil peserta dari negara anggota Asean dan Sekretariat Asean, pemerhati dari China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa Bersatu, organisasi masyarakat awam dan pertubuhan antarabangsa yang lain turut menghadiri majlis itu, kata kenyataan itu.

ARDEX-13 menggunakan senario taufan super 'Neptune', yang melanda kawasan delta utara dalam provinsi Vietnam yang menyebabkan banjir skala besar yang memberi kesan ke atas sistem bentengan dan meragut ribuan nyawa, kata kenyataan itu.

Taufan itu juga menjejaskan kehidupan 10,000 orang apabila rumah mereka musnah akibat banjir dan menyebabkan mereka memerlukan bantuan.

Pusat AHA mengadakan latihan mengenai komunikasi, penyelarasan dan proses menyalurkan bantuan memandangkan negara anggota menawarkan bantuan mereka kepada Vietnam.

Buat pertama kali keupayaan operasi ARDEX tahun ini diuji sejak penubuhannya pada November 2011.

Negara anggota Asean, Pusat AHA dan Sekretariat Asean telah berjaya menguji pertukaran maklumat semasa eksesais komunikasi ARDEX-13 pada 17 Oktober.

Pada 20 hingga 22 Oktober, negara anggota Asean akan menguji mekanisme kuarantin, imigresen dan kastam dan menyertai bengkel-bengkel untuk membincangkan sistem pengurusan bencana Vietnam, pelaksanaan Pengurusan Bencana dan Respons Kecemasan (AADMER) dan pengoperasian Pusat AHA.

Menurut kenyataan itu bagi menguji prosedur respons kecemasan bencana, negara-negara anggota Asean akan menyertai eksesais simulasi lapangan yang akan diadakan pada 23 Okt di Ba Vi.

Pada 24 Oktober, kesemua peserta akan menilai semula pelaksanaan prosedur dan mekanisme semasa latihan itu.

Pembelajaran dalam organisasi, arahan dan kerjasama semasa ARDEX-13 akan dikumpul bagi meningkatkan SASOP dan respons bersama sebenar semasa bencana, kata kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan