Luxembourg Akan Adakan Pilihan Raya Ahad Ini

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUXEMBOURG: Luxembourg - salah sebuah negara terkecil di Eropah tetapi pada masa yang sama juga yang terkaya, kini bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum pada Ahad ini (20 Oktober).

Ia adalah satu-satunya negara di Eropah yang dikenali sebagai "Grand Duchy" atau wilayah atau kawasan yang diperintah oleh keluarga diraja.

Dari segi sejarahnya, negara kecil itu adalah sebahagian daripada empayar Roman sehinggalah ia ditawan oleh Perancis pada 1795.

Luxembourg menjadi wilayah Grand Duchy sejak 1815 apabila Belanda menjadi sebuah negara yang merdeka dan Luxembourg diserahkan kepada Raja Belanda, William I.

Pada 1839, sebahagian daripada wilayah Luxembourg yang bertutur dalam bahasa Perancis menyertai pembentukan Belgium.

Luxembourg kekal sebagai sebuah wilayah bersama Belanda hanya sehingga 1890 apabila Raja William III yang juga merupakan Grand Duke Luxembourg, meninggal dunia tanpa meninggakan seorang pewaris lelaki.

Tempatnya sebagai pemerintah Belanda kemudian diambilalih oleh anak perempuannya Wilhelmina manakala jawatan dan gelaran Grand Duchy untuk Luxembourg, diambil alih oleh sepupunya, Duke Adolf daripada Nassau.

Sejak itu Luxembourg terpisah dari segi politik daripada Belanda.

Negara itu juga jauh lebih kecil dari Samoa atau Rhode Island di Amerika Syarikat.

Secara tradisinya, Luxembourg adalah pusat pentadbiran kewangan Eropah dan menjadi pilihan syarikat-syarikat seperti Amazon, ArcelorMittal dan Skype untuk dijadikan ibu pejabat mereka untuk benua Eropah.

Kadar penganggurannya adalah pada sekitar 6.9 peratus.

Manakala tenaga kerjanya terdiri daripada 41.5 peratus daripada kalangan warganegara jirannya.

Luxembourg mempunyai tiga bahasa rasmi iaitu bahasa Letzeburg, Jerman dan Perancis.

Ibu negaranya yang juga bernama Luxembourg hanya mempunyai populasi berjumlah sekitar 100,000 sahaja.

Total keseluruhan penduduknya adalah berjumlah 537,039 orang pada Januari tahun ini.

Daripada jumlah itu, 44 peratus adalah warga asing.

Kini Luxembourg adalah sebuah negara raja berperlembagaan.

Grand Duke Henri yang merupakan pemerintah terkini Luxembourg melantik perdana menteri yang menguasai suara majoriti di parlimen.

Perdana Menteri Jean-Claude Juncker, 58, kini mencatat sejarah sebagai pemimpin Eropah yang paling lama berkhidmat dan terpilih secara demokratik sejak 1995.

Kini Juncker akan mengetuai parti pimpinannya, Christian Social People's Party untuk menghadapi pilihan raya umum Ahad ini.

Parti itu telah memerintah Luxembourg tanpa putus sejak 1944, kecuali untuk satu tempoh yang singkat pada pertengahan tahun 1970an.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan