K'jaan Britain Benarkan Firma China Pegang Saham Majoriti Dalam Projek Tenaga Elektriknya

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Britain akan membenarkan firma dari negara China memegang saham majoriti dalam projek penghasilan tenaga elektriknya, kata Menteri Kewangan, George Osborne pada Khamis.

Osborne membuat pengumuman tersebut ketika mengadakan kunjungan ke Stesen Tenaga Taishan yang dijanakuasakan oleh tenaga atom di Selatan China.

Hasil kunjungan tersebut juga menyaksikan kedua-dua buah negara itu menandatangani memorandum persefahaman untuk bekerjasama dalam penjanaan tenaga nuklear.

Osborne menyifatkan China sebagai negara tertua di dunia yang menghasilkan tenaga nuklear sivil.

Menerusi perjanjian persefahaman itu juga, syarikat China General Nuclear Power dan EDF dari Perancis akan membina stesen berjanakuasa nuklear yang baru di Hinkley Point, Somerset.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan