Penulis Buku 'Mambo Kings' Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK CITY: Oscar Hijuelos - anak imigran Cuba, yang menjadi mahsyur selepas buku karyanya 'The Mambo King" dijadikan filem telah meninggal dunia.

Mendiang berusia 62 tahun.

Karyanya itu, "The Mambo Kings Play Songs of Love," telah memenangi hadiah kesusasteraan tertinggi Amerika, Anugerah Pulitzer.

Hijuelos sebelum itu telah pengsan ketika sedang bermain tenis di Manhattan di sini Sabtu lalu dan tidak sedarkan diri sehingga kematiannya, kata isteri mendian, Lori Marie Carlson kepada akhbar the New York Times.

Hijuelos dilahirkan pada 1951 di New York dari keluarga imigran Cuba.

Dia mencipta sejarah dengan menjadi anak dari keturunan Hispanik untuk memenangi Anugerah Pulitzer pada 1990 hasil penulisan buku "Mambo Kings".

Ia adalah karyanya yang kedua.

Buku tersebut yang diterjemahkan ke dalam 25 bahasa telah diadaptasikan kepada filem pada 1992 dan dibintangi oleh Antonio Banderas serta Armand Assante.

"Mambo Kings" adalah sebuah kisah pengembaraan dua bersaudara dari Cuba ke Amerika Syarikat pada tahun 1950an ketika era Mambo sedang berada di puncaknya.

Filem tersebut telah menjadikan mendiang seorang penulis Hispanik Amerika yang dikenali ramai dan mahsyur.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan