Gempar Bumi Kuat Gegarkan Crete - Berita Dunia | mStar

Gempar Bumi Kuat Gegarkan Crete

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ATHENS: Satu gempa bumi yang berukuran lebih 6 magnitud menggegarkan pulau Crete di selatan Greece pada Sabtu, dengan beberapa laporan kerosakan.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) gegaran itu berukuran 6.4 magnitud manakala Balai Cerap Athens pula menyatakan bahawa ia berukuran 6.2 magnitud.

Gempa bumi itu berlaku pada pukul 4.12 petang (waktu Greece) di perairan kira-kira 69 kilometer dari bandar Hania di barat Crete, kata agensi itu.

"Gempa bumi itu berlaku di kawasan yang dikenali dengan aktiviti gelombang seismos. Ia dirasakan begitu kuat di Crete tetapi turut dapat dirasai di bahagian-bahagian lain di Greece," kata profesor geologi, Efthymios Lekkas kepada stesen radio Skai.

Menurut stesen radio itu, banyak rumah dan kedai dilaporkan mengalami kerosakan di Crete.

Greece merupakan salah satu negara di Eropah yang mudah mengalami gempa bumi. - AFP

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan