Gempa Kuat 6.3 Magnitud Gegar Kepulauan Selatan Pasifik

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WELLINGTON: Gempa kuat 6.3 magnitud melanda kepulauan terpencil Kermadec di Selatan Pasifik, awal pagi Sabtu namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa berlaku jam 9.24 pagi waktu tempatan.

Kepulauan Kermadecs yang terletak di utara New Zealand terletak dalam zon lingkaran gunung berapi.

Dua minggu lalu, gempa berukuran 6.7 magnitud melanda wilayah yang sama. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan