Pemimpin Asean Setuju Terima Pakai Sistem Pemantauan Jerebu

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR SERI BEGAWAN: Para pemimpin Asia Tenggara yang berhimpun di sini untuk menghadiri sidang kemuncak dwitahunan telah menerima pakai cadangan Menteri-menteri Alam Sekitar untuk menggunakan sistem pemantauan jerebu merentas sempadan.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka juga menyambut baik komitmen Indonesia untuk mengesahkan perjanjian jerebu serantau.

"Kami berharap Indonesia mengesahkan perjanjian itu secepat mungkin," kata Sultan Hassanal Bolkiah yang mempengerusikan sidang kemuncak ke-23 dan sidang kemuncak berkaitan.

Para pemimpin berkata mereka mengambil perhatian berhubung hasil mesyuarat tiga hala mengenai jerebu merentas sempadan antara Menteri Luar Indonesia, Malaysia dan Singapura pada pemukiman Menteri-menteri Luar Asean di Hua Hin, Thailand Ogos lepas.

Di luar Sidang Kemuncak Asean ke-23, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perbincangan ringkas mengenai jerebu dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Menurut para pegawai, sistem pemantauan jerebu yang akan termasuk peta penggunaan tanah digital dan peta konsesi kawasan mudah terbakar yang menyebabkan jerebu merentas sempadan akan dikongsi atas dasar kerajaan dengan kerajaan.

Pada Julai, Indonesia mengumumkan akan mengesahkan Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Negara-negara yang terjejas dengan jerebu memberi tekanan kepada Indonesia supaya mengesahkan perjanjian itu selepas kabut tebal menyelubungi sebahagian Malaysia dan Singapura, berikutan kebakaran hutan di Sumatera dan Riau.

Dalam kejadian Jun lepas, Malaysia terpaksa mengisytiharkan keadaan darurat bagi Muar dan Ledang, dengan sejumlah besar sekolah terpaksa ditutup berikutan kabut tebal dengan Indeks Pencemaran Udara mencapai tahap bahaya.

Indonesia merupakan satu-satunya negara Asean yang masih belum mengesahkan Perjanjian Asean mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan yang berkuat kuasa pada 2003 walaupun kebanyakan kebakaran hutan dan tanah gambut bermula dari Indonesia.

Perjanjian itu dibuat pada 2002 membabitkan negara-negara Asean bagi mengurangkan pencemaran jerebu di mana ia mengakui bahawa pencemaran jerebu merentas sempadan akibat daripada kebakaran tanah atau hutan perlu dikurangkan melalui usaha bersepadu nasional dan kerjasama antarabangsa.

Ia diwujudkan akibat jerebu yang melanda Asia Tenggara pada tahun 1990-an berikutan pembukaan tanah melalui pembakaran terbuka di Pulau Sumatera, Indonesia. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan