Telko, Bank terjejas Ekoran Kebakaran Di Fasiliti Singtel

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kebakaran di sebuah fasiliti SingTel pada awal pagi Khamis menjejas operasi beberapa buah syarikat termasuk syarikat telekom tempatan StarHub dan M1 serta bank-bank DBS dan OCBC.

Media tempatan, TODAY melaporkan OCBC sebagai menyatakan bahawa perkhidmatan di 11 mesin teller (ATM) terjejas di lokasi seperti Changi Airport, Jurong Point, Woodlands, dan Bukit Panjang.

Sementara DBS menasihati pelanggannya mengelak menggunakan cawangan DBS/POSB di Toa Payoh Central, Bukit Panjang, Jurong Point, Woodlands dan Raffles Place sehingga SingTel memulihkan sambungan rangkaian perkhidmatannya.

Bank DBS berkata kebakaran itu yang berlaku di ibu sawat SingTel Bukit Panjang pada kira-kira 2 petang, "menjejas sebilangan kecil perkhidmatan cawangan, ATM dan AXS".

"Semua pelanggan diberi jaminan bahawa simpanan mereka adalah selamat dan bank-bank itu bekerjasama rapat dengan SingTel untuk memulihkan perkhidmatan secepat mungkin," TODAY menyebut bank itu sebagai berkata.

Sementara itu, Infocomm Development Authority of Singapore (IDA) berkata dalam satu kenyataan bahawa beberapa pengendali perkhidmatan telah juga melaporkan kepada IDA mengenai kebakaran itu.

Kejadian itu telah menjejas telefon talian tetap, jalur lebar, kabel TV dan beberapa pengendali perkhidmatan bergerak di bahagian utara Singapura.

Kebakaran itu dipadamkan dalam tempoh 20 minit dengan penggunaan dua penyembur air. Tidak ada kecederaan dilaporkan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan