Sidang Kemuncak Asean Ke-23 Bermula di Brunei

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR SERI BEGAWAN: Sidang Kemuncak Asean Ke-23 dan beberapa sidang kemuncak yang berkaitan dengannya bermula di sini Selasa, dengan tumpuan diberikan terhadap masalah jerebu rentas sempadan, kelancaran pelaksanaan Komuniti Asean menjelang 2015 dan usaha mengurangkan ketegangan di Laut China Selatan.

Pegawai-pegawai kanan telah memulakan tugas menetapkan agenda untuk sidang kemuncak dua hari itu, dan delegasi Malaysia diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim.

Bagaimanapun, Sidang Kemuncak pertama Asean-Amerika yang dinantikan-nantikan dan dijadual diadakan pada Rabu, hilang tarikannya apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama membatalkan lawatan beliau ke rantau ini berikutan krisis pentadbiran Amerika yang masuk minggu kedua.

Obama, yang juga terpaksa membatalkan kehadiran pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) berlangsung di Bali, serta lawatan ke Malaysia dan Filipina, pada awalnya dijangka membincangkan pelbagai kerjasama Amerika di rantau ini, termasuk dalam bidang tenaga, keselamatan maritim dan pelaburan.

Setiausaha Negara John Kerry mengetuai delegasi Amerika.

Kebanyakan pemimpin negara, termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, dijangka tiba di sini lewat hari ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak Apec di Indonesia.

Brunei, yang menjadi tuan rumah sidang kemuncak 2013 dengan tema 'Our People, Our Future Together' (Rakyat Kita, Masa Depan Kita Bersama), akan menyerahkan kepada tuan rumah sidang kemuncak 2014, Myanmar pada akhir mesyuarat Khamis ini.

Selain mengambil kira apa yang telah dicapai setakat ini dalam kumpulan 10 negara anggota untuk bergerak ke arah integrasi menyeluruh ekonomi Asean yang menyamai Kesatuan Eropah dalam tempoh 14 bulan akan datang, isu yang lebih mendesak - jerebu - turut diberi perhatian.

Para pemimpin dari Malaysia, Singapura dan Indonesia dijadual mengadakan pertemuan sebelum perasmian sidang kemuncak itu pada Rabu untuk membicarakan masalah jerebu termasuk kemungkinan berbincang mengenai sistem pemantauan jerebu.

"Singapura telah meminta satu mesyuarat diadakan untuk membincangkan isu jerebu, tetapi sama ada pemimpin atau menteri mereka akan mengadakan mesyuarat itu hanya akan diketahui lewat hari ini," kata seorang pegawai.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan