Perjanjian FTA Perkhidmatan Asean-India Ditandatangani Disember

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Perkhidmatan dan Pelaburan Asean-India dijangka ditandatangani pada Disember ini.

Beliau berkata para pemimpin Asean dan India telah mengarahkan menteri-menteri yang terlibat supaya memuktamadkan perjanjian itu menjelang akhir tahun ini.

Najib berkata jika perjanjian itu ditandatangani, sasaran untuk mencapai jumlah perdagangan dua hala sebanyak US$100 bilion menjelang 2015 akan dapat dicapai berbanding US$71 bilion sekarang.

"Di samping itu, telahpun dilancarkan Pusat Asean-India di mana pusat ini mempromosi pelancongan, perdagangan dan pertukaran kebudayaan," kata Najib pada sidang media bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak Asean ke-23 dan Sidang-sidang berkaitan yang berakhir di sini, Khamis.

Sebelum itu, Perdana Menteri menyertai Sidang Kemuncak Asean-India ke-11 yang turut disertai Perdana Menteri India Manmohan Singh.

Asean dan India telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas untuk barangan pada 2010. Perjanjian bagi perkhidmatan dan pelaburan akan melengkapkan pakatan dagangan dua hala India dan 10 negara anggota Asean.

FTA itu mewakili pasaran luas 1.8 bilion penduduk dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak US$3.8 trilion.

Mengenai pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Vietnam, Nguyen Tan Dung, Najib berkata Nguyen meminta kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara dan pelaburan Malaysia di negara itu dipertingkatkan.

"Ekonomi kita ada persamaan, antaranya yang berkaitan perusahaan milik kerajaan. Mereka mempunyai banyak perusahaan seperti ini, kita pun ada," katanya.

Najib juga berkata Nguyen berharap pembangunan bersama antara Petronas dan rakannya, PetroVietnam di negara itu akan dapat menghasilkan kawasan pengeluaran minyak tidak lama lagi. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan