Perhimpunan AntiKerajaan Di Bangkok Beredar, Beri Laluan Kepada Lawatan PM China

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Penunjuk perasaan antikerajaan berpindah satu kilometer dari hadapan Rumah Kerajaan bagi memberi laluan kepada lawatan rasmi Perdana Menteri China Li Keqiang esok.

Pada mulanya pemimpin penunjuk perasaan itu bersetuju untuk berpindah sementara dari Rumah Kerajaan ke lokasi asal bantahan mereka di Taman Lumpini namun cadangan itu tidak mendapat sambutan kalangan anggota penunjuk perasaan.

Sehubungan itu, mereka beredar ke kawasan yang dipanggil persimpangan Urupong. "Kami akan kembali semula ke Taman Lumpini tengah hari ini tetapi kami akan datang lagi ke sini (Rumah Kerajaan). Kami beredar sementara sahaja dari sini kerana kami sayangkan nama baik negara, perdana menteri China akan melawat negara ini esok," kata Laksamana Bersara Chai Suwannaphap ketika dihubungi di sini, Khamis.

Chai seorang daripada pemimpin utama kumpulan Tentera Rakyat Menentang Regim Thaksin.

Bagaimanapun, pemimpin penunjuk perasaan itu beralah dan sebaliknya mengumumkan persimpangan Urupong sebagai lokasi baharu.

"Saya sebenarnya tidak gembira dengan keputusan untuk beredar kerana kami kenal benar dengan kerajaan ini. Jika kami beredar dari sini dan memberitahu mereka kami akan kembali, maka kerajaan akan menguatkuasakan ISA lagi," kata seorang wakil penunjuk perasaan itu. "Jika kami mengatakan kami akan datang ke sini dengan 40,000 penyokong maka kerajaan akan menugaskan 80,000 anggota polis untuk melindungi mereka. Kenapa kita tidak tinggal saja di sini," katanya menyuarakan kemarahan terhadap pemimpinnya di persimpangan Nanglerng yang terletak hanya 150 meter dari Rumah Kerajaan.

Terdahulu, Ketua Setiausaha kepada Perdana Menteri, Mej.Jen Pol. Thawat Boonfueng berkata kerajaan menyediakan 15 buah bas untuk membantu membawa penunjuk perasaan ke Taman Lumpini.

Bagaimanapun, beliau berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan terus dikuatkuasakan di kawasan berhampiran Parlimen dan Rumah Kerajaan bagi tempoh 9 hingga 18 Oktober.

Beliau memberitahu media penunjuk perasaan bersetuju berpindah susulan persetujuan yang dicapai antara pengarah operasi, Ketua Polis Diraja Thai, Jen. Pol. Adul Saengsingkaew dan pemimpin penunjuk perasaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan