Penumpang Cirit-Birit, Muntah Akibat Makanan Tamat Tempoh

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Air China, satu-satunya syarikat penerbangan nasional China, dilapor menghidangkan makanan yang sudah tamat tempoh dalam pesawat pada Ahad menyebabkan sekurang-kurangnya 30 penumpang mengalami cirit-birit yang teruk dan muntah-muntah.

Beijing Evening News melaporkan syarikat penerbangan terbabit menghidangkan biskut yang sudah tamat tempoh empat hari sebelum itu dalam penerbangan dari bandar Hami di Xinjiang ke Beijing pada Ahad walaupun atendan penerbangan telah menerima aduan daripada penumpang bernama Zhang.

Zhang menulis dalam twitternya seperti laman Weibo, China bahawa atendan penerbangan bersetuju menggantikannya tetapi enggan memaklumkan penumpang lain dengan berkata "tugas utama kru kabin ialah bagi memastikan keselamatan anda."

"Sesetengah penumpang mengalami loya, cirit-birit dan sakit perut selepas memakannya dengan begitu ramai berbaris di depan tandas, demikian luahan Zhang dalam media sosial yang menarik perhatian media tempatan.

Sementara itu, jurucakap Air China menafikan tuduhan berhubung kejadian menghidangkan makanan yang sudah tamat tempoh pada Selasa dengan menyatakan siasatan menunjukkan pembungkusan yang tidak betul untuk dipersalahkan bagi 'salah faham itu'.

South China Morning Post melaporkan beliau memberitahu SCMP.com bahawa secara rutin syarikat penerbangan akan membuang lebihan makanan dan makanan usang dan tidak akan dikitar semula untuk digunakan semula.

Pada hari yang sama, Air China juga mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa siasatan menunjukkan para pekerja telah secara salah membungkus penkek dengan beg yang digunakan untuk makanan yang dihidangkan dalam penerbangan domestik jarak dekat.

Makanan yang dihidangkan bagi laluan Xinjiang-Beijing adalah berbeza dan tahan lebih lama, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan