Jemaah Tidak Perlu Risau Persiapan di Arafah

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Kaum keluarga jemaah haji di tanah air tidak perlu bimbang mengenai keadaan dan keselamatan jemaah haji Malaysia di tanah suci ekoran laporan hujan ribut di Arafah petang Rabu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Paduka Ismee Ismail berkata cuaca seumpama itu satu keadaan yang biasa di sini setiap kali berlakunya perubahan suhu menjelang musim haji.

Beliau berkata sememangnya telah berlaku banjir kilat semalam dan ia bersifat sementara malah telah reda dalam masa beberapa jam kemudian.

"Kami yakin pihak Muasassah yang berpengalaman luas dan arif dalam bidang ini akan dapat menangani situasi yang biasa mereka hadapi dengan baik. TH juga yakin segala persiapan dan kelengkapan operasi Masyair berjalan lancar seperti yang dirancang untuk menyambut jemaah yang akan menjalankan ibadah wukuf pada Isnin ini," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Katanya hanya kira-kira 30 peratus khemah jemaah Malaysia yang sudah dipasang di Arafah terjejas akibat hujan ribut pada pukul 3.30 petang waktu tempatan semalam. "Kejadian itu tidak akan menjejaskan persiapan yang dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi khususnya oleh pihak Muasassah Asia Tenggara untuk membaik pulih semula khemah-khemah serta peralatan lain yang dijangka dapat dipasang dan digunakan semula sepenuhnya sebelum tiba hari wukuf," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan