Serangan Bom: 45 Maut di Baghdad

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seorang penduduka Iraq melihat kesan pengemboman yang berlaku di Baghdad . Siri serangan bom kali ini menyebabkan sekurang-kurangnya 45 maut terkorban pada ketika al-Qaida mendakwa bertanggungjawab kepada beberapa serangan baru-baru ini di kawasan utara Kurdis.

BAGHDAD: Siri serangan bom di beberapa tempat di Iraq termasuk yang terancang di sini menyebabkan sekurang-kurangnya 45 maut terkorban pada ketika al-Qaida mendakwa bertanggungjawab kepada beberapa serangan baru-baru ini di kawasan utara Kurdish.

Serangan bom lewat malam tadi adalah hari ketiga berturut-turut pemberontak dapat melancarkan serangan sehingga mengakibatkan kematian yang ramai.

Serangan yang tidak henti-henti mencetuskan kebimbangan bahawa negara itu kembali kepada saat pertumpahan darah selama bertahun-tahun selepas diceroboh kuasa asing diketuai Amerika Syarikat pada 2003.

Siri letupan bom yang menggegarkan ibu negara Iraq selepas tengah malam berlaku di sekurang-kurangnya lapan tempat berbeza.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan