53 Maut Pertumpahan Darah di Mesir

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh dalam pertempuran antara penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin dan polis di beberapa bandar utama Mesir semalam, ketika beribu-ribu penyokong tentera menyambut ulang tahun Perang Arab-Israel 1973.

Kejadian itu merupakan yang terburuk sejak pihak keselamatan menggempur dua kem bantahan penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi dalam operasi pembersihan pada 14 Ogos lalu, yang mengakibatkan hampir 3,000 orang maut.

Dalam keganasan di tengah Kaherah semalam, polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan peluru hidup untuk meleraikan kumpulan penunjuk perasaan Ikhwanul Muslimin yang didakwa melontar batu ke arah pasukan keselamatan.

Malah, keadaan bertambah buruk apabila penyokong tentera bertindak campur tangan dan bertempur dengan penyokong pro-Mursi.

Wartawan melaporkan, pasukan keselamatan turut bertindak ganas dengan memukul sejumlah penunjuk perasaan pergerakan Islam yang ditahan.

Pertempuran dilaporkan tercetus selepas penyokong Mursi, cuba memasuki sebuah dataran di tengah Kaherah, lokasi penyokong tentera berhimpun untuk sambutan berkenaan.

Namun, hasrat kumpulan penunjuk perasaan itu dihalang oleh polis bagi mengelakkan pertembungan dengan kumpulan penyokong tentera, sekali gus mencetuskan pertempuran antara penyokong pro-Mursi dan pihak keselamatan.

Pegawai perubatan , Ahmed al-Ansari berkata, seramai 48 orang maut di Kaherah, manakala lima lagi terbunuh di selatan ibu negara itu dan 271 orang cedera akibat pertempuran di seluruh negara.

Ahmed berkata, kebanyakan mangsa mati akibat ditembak.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri menyebut, polis menahan 423 penunjuk perasaan di sini kerana melakukan vandalisme selain dakwaan melepaskan tembakan peluru hidup.

Perikatan Antirampasan Kuasa yang ditubuhkan pergerakan Islam, turut menggesa lebih banyak bantahan diadakan pada minggu ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, perikatan itu turut menggesa pelajar universiti dan sekolah di seluruh Mesir mengadakan bantahan esok, bagi menentang pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pihak berkuasa Mesir.

"Kami tidak menerima rampasan kuasa oleh tentera yang bertanggungjawab terhadap kematian rakyat Mesir sehingga ke hari ini," jelas kenyataan itu.

Dalam perkembangan lain di Sinai Selatan hari ini, 10 terbunuh dalam dua kejadian berasingan.

Menurut pegawai, lima maut dalam letupan pertama di ibu pejabat keselamatan di di ibu pejabat anggota keselamatan di al-Tor, sementara lima lagi tentera terkorban apabila kumpulan bersenjata melepaskan tembakan ke arah konvoi keselamatan mereka di Ismailiya berhampiran Terusan Suez.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan