Enam Gempa Bumi Gegar Mexico - Berita Dunia | mStar

Enam Gempa Bumi Gegar Mexico

Diterbitkan: Isnin, 7 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya enam gempa bumi melanda termasuk dua melebihi 5.0 magnitud di wilayah Guerrero malam Ahad selepas penduduk masih terasa keperitan akibat dilanda taufan kencang pada tahun lalu.

Perkhidmatan Seismologi Kebangsaan berkata, pusat gempa terkuat ialah 5.21 magnitud pada jam 9.27 pagi waktu tempatan membabitkan kawasan pergunungan di mana tanah runtuh menenggelamkan keseluruhan bandar itu pada 16 September lalu.

Pengarah Perlindungan Awam, Jose Luis Serna berkata, pihaknya masih mengawasi kawasan yang terjejas berikutan hujan baru-baru ini kerana tanah menjadi lembut dan boleh menyebabkan masalah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan