Peningkatan Inflasi Jejas Perayaan Deepavali Di India

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Sebahagian besar keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di India, yang kini bergelut menangani perbelanjaan bulanan yang tinggi berikutan peningkatan inflasi, kurangnya peluang pekerjaan dan gaji sebenar yang kecil, dijangka mengurangkan bajet perayaan masing-masing sebanyak 40 peratus pada Deepavali ini.

Deepavali disambut pada 2 November.

Kajian oleh Persatuan Dewan Perniagaan dan Industri India (Assocham) baru-baru ini mendapati lebih 72 peratus responden berkata mereka akan mengurangkan perbelanjaan untuk Deepavali.

Harga manisan, buah-buahan kering, snek, biskut tawar, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran, mencatat peningkatan yang besar tahun ini berbanding Deepavali tahun lepas.

Puratanya kebanyakan manisan dan hadiah tradisi India sudah meningkat 55 peratus manakala nilai tabungan susut hampir 15 peratus, demikiran menurut kajian 'harga tinggi menjejaskan kemeriahan perayaan' yang dikeluarkan di sini Khamis.

Malah emas, barangan yang menjadi pilihan semasa musim perayaan, kekal dalam julat Rs.30,000 (RM1,555) setiap 10 gram berbanding Rs.22,000 (RM1,140) pada Deepavali tahun lepas.

Semakan semula kadar faedah oleh bank turut meningkatkan ansuran bulanan dan menjejaskan kuasa membeli, kata Assocham.

Lebih 76 peratus responden berkata perbelanjaan untuk barangan harian melonjak kepada Rs 7,000 (RM363), berbanding Rs 4,000 (RM207) 12 bulan lepas.

Kebanyakan responden merancang mengurangkan perbelanjaan peribadi atau mula mencari barangan yang lebih murah untuk mengawal perbelanjaan.

"Lebih 57 peratus responden hanya akan membeli barangan jualan atau yang menawarkan diskaun manakala 12 peratus akan mengurangkan pembelian hadiah.

"Hanya peratusan kecil sahaja yang merasakan musim perayaan merupakan masa untuk berbelanja, walaupun tawaran harga diskaun merupakan tarikan terbesar bagi kebanyakan pembeli" katanya.

Ibu negara, Delhi menduduki tangga teratas yang mengunjurkan pemotongan bajet perayaan berikutan kuasa membeli yang semakin menguncup, diikuti bandar raya Mumbai, Ahmedabad, Kolkata dan Chennai. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan