Tiada Peruntukan, Kerajaan AS Diarah Tutup

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) ditutup pada Selasa untuk pertama kalinya dalam tempoh 17 tahun selepas Kongres gagal mencapai perjanjian bajet persekutuan bagi mengelak kegagalan fungsi kerajaan.

Kira-kira 800,000 pekerja persekutuan telah diberi cuti bertugas, mengingatkan kepada dua penutupan sebelumnya - penutupan selama enam hari pada bulan November 1995 dan 21 hari dari Disember 1995 ke awal tahun 1996.

Pengarah Pengutusan dan Bajet White House, Sylvia Mathews Burwell berkata agensi-agensi kerajaan kini perlu melaksanakan rancangan untuk ditutup ekoran ketiadaan peruntukan.

Arahan tersebut dikeluarkan kira-kira 10 minit sebelum kewangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) habis dibelanjakan selepas sehari perdebatan di Dewan Perwakilan yang didominasi Parti Republikan dan Dewan Senat yang menyaksikan kerusi majoriti dipegang oleh Parti Demokrat. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan