Presiden Venezuela Singkir Tiga Diplomat AS

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CARACAS: Presiden Nicolas Maduro mengarahkan tiga diplomat dari kedutaan Amerika Syarikat (AS) dihalau keluar dari negara ini kerana disyaki terbabit dalam rancangan mensabotaj ekonomi dan bersekongkol dengan pembangkang.

“Saya mengarahkan Menteri Luar, Elias Jaua untuk mengambil tindakan menyingkirkan mereka dari negara ini.

"Mereka mempunyai masa 48 jam untuk meninggalkan negara ini...Yankees kena balik,” kata Maduro dalam satu pengumuman awam tanpa memberikan jawatan diplomat AS itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan