Lagi Letupan Di Baghdad: 37 Terbunuh

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Sebelas letupan kereta yang disasarkan di kawasan penduduk majoriti Syiah di sekitar bandar ini telah mengorbankan 37 nyawa lagi pada Isnin.

Seramai 120 orang dilaporkan tercedera.

Bom yang diletupkan itu telah mengegar sembilan kawasan yang berlainan - enam daripadanya adalah kawasan majoriti penduduk Syiah.

Pada Ahad kejadian yang serupa telah berlaku di sebuah masjid penganut fahaman Syiah mengorbankan 47 orang jemaah.

Sementara pada Jumaat, letupan yang berlaku di dua buah masjid ahli sunah wal-jamaah telah mengorbankan enam orang jemaah, sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

Sebelum itu pada 23 September, satu letupan yang disasarkan kepada penganut fahaman sunah di sebuah masjid telah mengorbankan 15 orang jemaah.

Dan sehari sebelum itu, satu serangan ke atas majlis pengebumian masyarakat berfahaman sunnah telah mengorbankan 12 nyawa.

Manakala letupan bom pada 21 September juga di bandar ini telah meragut nyawa 73 orang awam.

Ringkasnya sepanjang bulan September sahaja angka kematian akibat keganasan fahaman agama yang berbeza telah meragut nyawa lebih 850 orang.

Statistik sepanjang tahun pula mencatat 4,600 kematian akibat krisis yang sama.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan