Gencatan Senjata Seluruh Myanmar Akhiri Konflik Etnik - Berita Dunia | mStar

Gencatan Senjata Seluruh Myanmar Akhiri Konflik Etnik

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Kerajaan Myanmar dijadual untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata di seluruh negara dalam masa terdekat terutama membabitkan kumpulan etnik bersenjata yang berjuang beberapa dekad lamanya untuk mendapatkan autonomi.

Perkara itu dinyatakan Menteri Luar Myanmar, Wunna Maung Lwin pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa.

Beliau berkata, kerajaannya berhadap langkah itu sebagai satu permulaan baru yang lebih konprehensif terhadap usaha kerajaan mengadakan dialog politik dengan kumpulan penentang.

Katanya, kerajaan tidak akan berpatah balik terhadap dasar domokrasi yang diketengahkan selepas era Junta pada 2011.

Beliau memberi jaminan kerajaan tidak akan membiarkan keadaan kekacauan terus tercetus terutama membabitkan konflik etnik Islam dengan penganut Buddha yang berlarutan di negara itu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan