Ratu Cantik Filipina Dimahkotakan Miss World 2013

Diterbitkan: Ahad, 29 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Miss World yang baru, Megan Young (tengah) dari Filipina memegang tanggan dengan pemenang kedua Marine Lorphelin dari Perancis (kiri) dan pemenang tempat ketiga Carranzar Naa Okailey dari Ghana (kanan) yang menewaskan lebih 120 peserta ratu cantik yang lain dalam pertandingan final Miss World 2013 di Nusa Dua di Bali, Indonesia. Foto AFP
Miss World yang baru, Megan Young (tengah) dari Filipina memegang tanggan dengan pemenang kedua Marine Lorphelin dari Perancis (kiri) dan pemenang tempat ketiga Carranzar Naa Okailey dari Ghana (kanan) yang menewaskan lebih 120 peserta ratu cantik yang lain dalam pertandingan final Miss World 2013 di Nusa Dua di Bali, Indonesia. Foto AFP

NUSA DUA (Indonesia): Ratu Cantik Filipina pada Sabtu dimahkotakan sebagai Miss World 2013 dalam pertandingan finale di Bali, Indonesia yang diperketatkan keselamatan berikutan bantahan penduduk Islam di negara itu sejak berminggu-minggu.

Megan Young berjayakan menewaskan lebih 120 peserta yang lain dalam pertandingan itu di Bali, kawasan dengan majoriti penduduk beragama Hindu.

Gadis berusia 23 tahun itu memamaki gaun putih mutiara berjanji untuk menjadi "Miss World yang terbaik" di hadapan khalayak yang memberikan sokongan dalam majlis yang dipenuhi polis bersenjata dan persiapan meriam air.

Young, yang menuntut dalam pengajian media digital turut mengacara dalam program televisyen di Filipina menjamin bahawa "saya hanya menjadi diri saya sendiri dalam apa jua perkara yang saya lakukan, berkongsi apa yang saya tahu dan membimbang masyarakat".

Penganjur menarik nafas lega apabila finale pertandingan ratu cantik yang diadakan sejak tiga minggu lalu berakhir dengan penganjuran yang lancar selepas melalui bantahan beribu-ribu orang di seluruh Indonesia sejak beberapa minggu lalu. - AFP

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan